Cara Membuat Tempahan
1) Pilih Kad yang anda
kehendaki, sila email kepada butikkadkahwin@gmail.com dan nyatakan jenis kad dan
kuantiti untuk sebutharga atau anda boleh menghubungi kami terus di talian 03 - 7859 7770 atau 018 - 2848 656 untuk keterangan atau perbincangan harga kad
serta proses yang akan dipersetujui.
2) Setelah harga dipersetujui,
anda perlu mengisi BORANG TEMPAHAN yang boleh didapati dalam website kami.
Sila pastikan semua maklumat diisi dengan
betul, untuk peta lokasi majlis, sila email ke butikkadkahwin@gmail.com atau whatsapp ke 018 - 2848 656
3) Sila buat bayaran deposit
kepada kami 70% dari jumlah keseluruhan tempahan.
Sila faks atau email bukti pembayaran
anda kepada kami untuk tujuan pengesahan dan invois. TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DIPROSES.
4) Rekabentuk draf (Artwork)
akan dimulakan setelah pengesahan pembayaran dibuat. Tempoh untuk artwork ialah
dalam 3 – 5 hari bekerja bergantung kepada musim tempahan. Kami akan menghantar
rekabentuk draf untuk tujuan pengesahan (pilihan melalui email atau faks)
5) Perubahan mestilah
dilakukan secara bertulis dan sila email atau faks kembali kepada kami. Dan
kami akan menghantar draf yang sudah dibetulkan kepada pihak anda.
6) Proses mencetak akan
dilakukan setelah rekabentuk draf dipersetujui. Tepoh untuk proses percetakan
adalah antara 10 hari – 15 hari bekerja bergantung kepada musim tempahan dan
kerumitan tempahan anda.
7) Kami akan menghubungi anda setelah
tempahan anda siap.
8) Untuk ambil sendiri : sila
buat bayaran baki 30% semasa anda datang untuk mengambil tempahan.
Untuk pos : sila buat bayaran baki 50%
bersama 100% kos penghantaran kepada kami dan tempahan akan dipos kepada anda
melalui perkhidmatan SKYNET / POS MALAYSIA.