SL DOA 001
Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud :
“
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa
Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya
di
antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
SL DOA 002
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila
kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.
SL DOA 003
Rasulullah
SAW bersabda mafhumnya :
"
Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan
dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah
dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat
dengan lengannya untuk dilindungi
dan
dekat di hatinya untuk dicintai “
SL DOA 004
“
Semoga Allah menghimpunkan yang
terserak
dari keduanya, memberkati mereka
berdua
dan kiranya Allah meningkatkan
darjat
keturunan mereka menjadi pembuka rahmat,
sumber
ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa
Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya
Fatimah
Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
SL DOA 005
Ya
Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan
rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah
mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah
jodoh mereka di dunia dan
di
akhirat dan sempurnakanlah agama
mereka
dengan berkat katan ini.
SL DOA 006
"Ya
Allah Ya Tuhanku, seandainya telah
kau
catatkan dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah
dia padaku, satukan hatinya
dengan
hatiku, titipkanlah kemesraan
di
antara kami agar kebahagiaan
itu
abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah
kami dalam melayari
ketepian
yang sejahtera,
sepertimana
yang Engkau kehendaki."
~
Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
SL DOA 007
"
Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini
seperti
Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf
dan Zulaikha dan seperti Engkau
satukan
hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga
Allah memberkati dan menghimpunkan
kamu
berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “
SL DOA 008
“
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau
limpahkan rahmat jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis
yang diadakan dengan keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan
ini adalah dengan
izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan
dan jiwa yang tabah menghadapi
setiap
dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian
hidup
yang dibina berkekalan hingga ke akhir
usia
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat
yang
soleh dan solehah. Dengan taufik dan
hidayahMu
beruntunglah keduanya dalam
kehidupan
di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "
-
Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
SL DOA 009
Ya
Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat
Kepada
(nama pengantin) Suami Isteri
Agar
Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan
Di
Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat,
Dimurahkan
Rezeki Dan Dilanjutkan Usia
Dengan
Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta
Mendapat
Syafaat Daripada
Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW.
~
Amin Ya Rabbal Alamin ~
SL DOA 0010
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu
dengan kasih sayangMu, bertemu di atas
ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan
dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu...
Maha
Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan
antara
kami ini, limpahkanlah kasih sayang
di
dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah
kami
jalan hidayahMu, sesungguhnya
padaMu
kami berserah dan tempat kami
memohon
pertolongan “
~
Amin Ya Rabbal Alamin ~
SL DOA 0011
Tak
perlu mencari teman secantik Balqis,
andai
diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa
mengharapkan teman setampan Yusof
jika
kasih tak setulus Zulaikha,
tak
perlu mengharapkan teman seteguh
Ibrahim
andai diri tak sekuat Siti Hajar dan
mengapa
didambakan teman hidup bak Siti Khadijah
kalau
diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W).
Bimbinglah
dirinya, dan terimalah kekurangan itu
sebagai
keunikan, carilah kebaikan pada
dirinya,
dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetapkanlah berdoa pada tuhan
agar dia akan terus menjadi milikmu...
SL
DOA 0012
Ya Allah,
Kami menzahirkan diri kami pada hari ini,
Untuk sama-sama meraikan pembentukan
sebuah lagi masjid umatmu Berkati lah Ya Allah, kehadiran kami ini,
Semoga berkatmu ini, Akan menjadi
penyubur pada pembinaan perkahwinan
Yang penuh dengan Mawwaddah dan Rahmah.
SL
DOA 0013
Ya Allah Ya Rabbana,
Kami hanya mampu untuk menadah tangan kami kepadamu
Dan memohon kepadamu dengan penuh munajat
Agar apa yang kami pinta ini dimakbulkan,
Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa
Janganlah Ya Allah perkara ini menjadi penghalang,
Pada termakbulnya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas
Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan kebesaran serta keampunanmu.
SL
DOA 0014
Allahumma,
Kami berdoa agar kedua mempelai ini
Akan terus melengkapkan iman mereka
Melalui perkahwinan mereka
Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati
Perasaan belas kasihan yang hakiki
Tekad usaha yang tidak mengenal penat
Tawakal kepadamu yang tidak mengenal pasrah
Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi
Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka
Dan yang terpenting keimanan padaMu
yang tidak mengenal ingkar.
SL DOA 0015
Ya Rahman Ya Rahim,
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka
bukan bermula dengan kekayaan,
Bukan bertapak kan kedudukan,
Dan bukan bersemarak dengan pujian.
Insafikan mereka Ya Allah sebagaimana
juga kami yang lain telah diinsafi,
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka
bermula dengan tidak lupa padamu,
Dengan sentiasa merindukan kehadiranmu,
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahmu.
Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya
antara Rasulullah S.A.W. dengan Khadijah.
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui perjalanan
yang tidak lekang dari di uji.
SL
DOA 0016
Kurnia si isteri kepada suaminya,
sebagaimana kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W
Pengabdian kepada Allah S.W.T,
sebagaimana pengabdian Rabia’h Adawwiyah
Dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah
sebagaimana yang ada pada Summayyah Binti Hubbaz.
Kurniakan jua kepada si suami,
Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga,
Dan semoga dia sabar dengan apapun yang menduganya,
sebagaimana Nabi Allah Ayyub bersabar dengan ujian terhadap imannya,
kesihatannya dan keluarganya.
SL
DOA 0017
Ya Allah,
Sesungguhnya tidak ada doa yang susah
bagimu untuk makbulkan bagi kami yang sama-sama
menghadiri majlis pada hari ini,
Insafi juga diri kami, supaya kami mampu menjadi
contoh yang hidup bagi kedua mempelai ini.
SL
DOA 0018
Bagi ahli keluarga kedua mempelai yang telah
kembali ke rahmatmu, Izinkan arwah mereka
untuk menyaksi saat-saat kebahagiaan mereka berdua,
Semoga anak,cucu, dan keturunan mereka
akan merupakan insan-insan yang bakal menjadi tonggak agamamu
dan tanah air yang kami cintai ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.
SL
DOA 0019
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa
yang berkemampuan tetapi enggan
untuk berkahwin melalui sabdanya,
"Kamu berkata begitu,
ingatlah demi Allah
sesungguhnya aku adalah orang yang paling
takut kepada Allah dan yang paling
taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa
dan kadangkala tidak berpuasa;
aku sembahyang dan aku tidur; dan juga
kahwin dengan perempuan. Barangsiapa
tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
SL
DOA 0020
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara,
kerana hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikan dan kerana agamanya.
Pilihlah wanita yang beragama,
engkau akan selamat".
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah
apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu
perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan
menjaga hartamu."
SL
DOA 0021
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan)
yang mengundang orang-orang kaya
dan meninggalkan orang-orang yang fakir.
(riwayat Bukhari & Muslim)
SL
DOA 0022
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Wanita yang paling banyak mendapat
kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya,
yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya.
Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya,
payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
SL
DOA 0023
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan
pukulan gendang dan rebana".
(riwayat Ibnu Majjah)
SL
DOA 0024
Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu,
anak-anak perempuan kamu,
saudara-saudara perempuan kamu,
saudara-saudara perempuan bapa kamu,
saudara-saudara perempuan ibu kamu,
anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu,
anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu.
(An-Nissa: 23)
SL
DOA 0025
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap
suaminya),
bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam)
suaminya, hendaklah menerima dengan
baik pemberian suaminya, hendaklah taat
pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya
kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan)
orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.
" (riwayat Al-Tabrani)
SL
DOA 0026
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu,
berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya
dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya,
maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga."
(riwayat Abu Hurairah)
SL
DOA 0027
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh
dianggap bersungguh-sungguh, dan yang
dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi
sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
SL
DOA 0028
"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang
kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu
tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu,
maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja."
(An-Nisa: 3)
SL
DOA 0029
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.
(Ar-Rum 21)
SL
DOA 0030
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan
untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan
untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik
diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki
yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula."
(An Nur: 26)
SL
DOA 0031
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap
keluarganya dan aku adalah yang terbaik
daripada kamu terhadap keluargaku.
Orang yang memuliakan kaum wanita adalah
orang yang mulia, dan orang yang menghina
kaum wanita adalah orang yang tidak
mempunyai budi pekerti."
(riwayat Abu Asakir).
SL
DOA 0032
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin
isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka
adalah amanah yang ada disampingmu,
barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya
mengerjakan solat, dan mengerjakan agama
kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
SL
DOA 0033
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari,
Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan
oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya?
Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu
kepentingan keluarganya. Menyapu rumah,
menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu
dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu
solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
SL
DOA 0034
Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri
secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta
memperkatakannya di hadapan masyarakat umum.
Dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim,
Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah
pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang
menceritakan hubungan dengan isterinya dan
isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu
menyebarluaskan rahsia mereka."
SL
DOA 0035
"Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun
tempat kamu bercucuk tanam, maka
datangilah
kebun tempat kamu bercucuk tanam
itu
bagaimana sahaja yang kamu kehendaki."
(Al Baqarah: 223)
SL
DOA 0036
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya
wanita itu diciptakan dari
tulang rusuk.
Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah
di bahagian atasnya. Jika meluruskannya
terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika
dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok.
Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
SL
DOA 0037
"Dan kami perintahkan kepada manusia
(berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya,
ibunya telah mengandungkannya dalam
keadaan lemah yang bertambah-tambah,
dan menyusukannya dalam masa dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua
ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu
(Luqman:14)
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada
Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan
pasangannya, dan dari keduanya
dikembangkan
laki-laki dan wanita-wanita yang ramai.
Dan bertaqwalah kepada Allah dengan
(menggunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain; dan (peliharalah)
hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah
sentiasa mengawasi kamu."
(An-Nisa': 1)
SL
DOA 0038
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan
(maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari
Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan
disahihkan oleh al-Albani di
dalam Irwa’ al-Ghalil)
SL
DOA 0039
Doa Rasullah SAW pada majlis perkahwinan
puteri baginda, Fatimah Az Zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib,
"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang
terserak dari kedua-duanya,
memberkati
mereka berdua dan semoga Allah SWT
meningkatkan kualiti keturunan mereka,
menjadikanya pembuka pintu-pintu rahmat,
sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai bagi ummah"
SL DOA
0040
Ya
Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin
SL DOA 0041
Ya
Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin
SL DOA 0042
Dengan
Nama Allah yang Maha pemurah lagi penyayang,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,
hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
SL DOA 0043
Tuhanku.....
Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.
SL DOA 0044
Ya Allah,
satukanlah hati
............................................................................
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin
SL DOA 0045
Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua mempelai ini
............................................................................
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika,
dan seperti engkausatukan
Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah
SL DOA 0046
Ya
Allah, Berkatilah majlis yang diadakan ini,
jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh.
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
SL DOA 0047
Ya
Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya
Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
SL DOA 0048
Pernikahan
menginsafkan kita,
perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.
SL DOA 0049
Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin
SL DOA 0050
Rasulullah
S.A.W. bersabda,
“Apabila
seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,
maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.
SL DOA 0051
Firman
Allah:
“Sebahagian
daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.
SL DOA 0052
Ya
Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin
SL DOA 0053
Ya
Allah Ya Rahim
Dari
setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin
SL DOA 0054
Ya Allah
Andai kau berkenan,
Limpahkanlah kepada kami cinta,
Yang kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra,
Yang kau jadikan mata kasih sayang,
Imam Ali dan Fatimah Azzahra,
yang kau jadikan penghias keluarga,
Nabimu yang suci
SL DOA 0055
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)
SL DOA 0056
Hawa dicipta
dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk dicintainya.
SL DOA 0057
Ya Allah Ya
Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
...................................... dengan ..........................................
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
SL DOA 0058
“Sesungguhnya
apabila suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.
SL DOA 0059
Tak
perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa
mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak
setulus
Zulaikha. Tak pelu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai
diri tak
sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman
hidup bak
Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah S.A.W.
Bimbinglah
dirinya, dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan,
carilah
kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya,
Tetaplah
berdoa pada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cinta dapat
mengubah debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
derita
menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat...
SL DOA 0060
Ya Allah Ya
Tuhan Kami,
Kami memohon
doa restuMu,
berkatilah
majlis ini.
Limpahkanlah
barakah dan rahmat
ke atas
pasangan suami isteri ini.
Jadikanlah
rumahtangga mereka aman, bahagia
dan
sejahtera dalam ketaatan
dan
ketaqwaan kepadaMu.
Satukanlah
hati mempelai ini
(nama pengantin)
di atas
kecintaan mereka kepadaMu,
jadikanlah
pasangan ini saling mencintai di kala dekat,
saling
menjaga kehormatan di kala jauh,
saling
menghibur di kala duka,
saling
mengingat di kala bahagia,
saling
menyempurnakan ibadat kepadaMu.
Jadikanlah
rumahtangga pasangan ini
seindah Adam
a.s dan Hawa,
setabah
Ibrahim a.s dan Hajar,
sebahagia
Yusof a.s dan Zulaikha,
sesetia
Sulaiman a.s dan Balqis,
dan sesuci
Muhammad SAW dan Khadijah.
Kurnikanlah
kepada mereka zuriat
yang soleh
dan solehah serta berikanlah kejayaan
kepada
mereka di dunia dan di akhirat.
Sempurnakanlah
kebahagiaan pasangan ini
dengan
menjadikan pernikahan ini
sebagai
ibadah kepadaMu.
Dan bukti
pengikatan cinta mereka
kepada
Sunnah keluarga RasulMu.
Sesungguhnya
Kaulah yang Maha Pemurah
lagi Maha
Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin